Monday, July 13, 2009

Parcel E Putrajaya..

Kadangkala aku hairan dengan keadaan sekitar di kawasan Putrajaya. Terutama sekali dikawasan sekitar tempat aku bekerja, dan terutama sekali situasi di waktu pagi ketika manusia berebut-rebut untuk mengejar punch card. Sungguhpun jalanraya di Putrajaya ni macam highway, tapi tahap pemikiran pemandu-pemandu yang menggunakan jalanraya tak setaraf dengan highway yang dibina.

Aku nak komplen kat sini adalah jalan masuk ke Parcel E, yang telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang melampau kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Kenapalah suka sangat potong que, dari lorong paling kanan tiba-tiba memancung masuk ke kiri sebab dia nak masuk ke Parcel E!!!... orang lain yang terkena jem disebabkan makhluk2 parcel E ni sebenarnya sangat malang kerana terpaksa melibatkan diri dalam kemelut makhluk2 parcel E!... Sunggu Tak Beradab..

Lain kali kalau nak cepat jangan bawak kereta, naik motorsikal. Parcel E tu dah la tak cukup tempat parking kereta, nak juga masukkan kereta dalam tu.. Parking ada berlambak2 kosong dekat Park n Ride tu. Park la kat situ, jalan sikit ke opis, bukannya jauh sangat pun... Ye lah, macam orang2 yang kat Parcel2 lain, masing2 parking jauh dari bangunan tak de pulak nak juga bersesak2 park illegally di tepi2 bangunan...

Perbuatan mahkluk tu kadang2 ada kena mengena dengan fizikal dia. Ntah-ntah banyak makan rasuah, patut tak rasa pun perbuatan nya menyakiti hati pengguna jalan raya yang lain. Al maklum dah hati hitam, mana ada rasa...grrrrrr... Sabar je la....

No comments:

Post a Comment