Wednesday, April 6, 2011

Sorting my time

Baru sahaja habis tengok Rancangan Mata Ke HAti yang dihoskan oleh Prof Dr Muhaya, dekat Astro Oasis, tetamu istimewa dia my favourite Dato Dr Sheikh Muzaffar Shukor!!..

Tips:
1. Tulis apa yang awak hendak atas kertas atau laptop. Tengok hari2.
2. Usaha bersungguh2 atas kehendak awak
3. Bertawakkal pada Allah swt. Dialah yang memberi segala sesuatu.

Nak tulis tapi tak tertulis.. dah padam..

Saturday, June 5, 2010

Kita Hanya Insan Biasa

Pagi-pagi dah dapat panggilan hangit.. bukan hangit sangat pun, luahan perasaan dari seorang kawan yang berjawatan orang gaji.. Asal dari Bandung, punya anak punya keluarga di sana.. Dia mengadu, dia sudah tidak mau lagi bekerja dengan majikannya. Dia semalam dimarahi majikannya hanya dengan sebab yang kecil sahaja - tidak mampu meleraikan pergaduhan anak kecil berumur 8 tahun. Atas dasar itu, dia dimarahi lalu semua yang dipendam di dalam dada terkeluar jua.

Apakan daya, dia baru sahaja bekerja setahun jagung dengan majikannya itu. Nak dikatakan majikannya garang, tidak juga, tidak juga seperti majikan cina yang lain, yang selalu kita nampak melakukan penderaan terhadap orang gaji. Alahai orang kita, orang melayu yang penuh budi bahasa, manakan tergamak untuk mendera orang kita juga.....

"saya sudah tidak mampu lagi bertahan kak, sudah setahun saya bersabar, akak pun tahu saya bagaimana, kali ini dia memarahi saya atas alasan yang kecil juga, tidak dapat meleraikan pergaduhan anaknya... Mana mungkin saya yang melerai kan gaduhnya, saya hanya seorang orang gaji, bukannya ibu anak itu..... Sudah tentunya anak itu tidak mahu menurut kata-kata saya jika dari dulu saya selalu dimalukan olehnya.. " keluhnya lewat telefon.

"Saya masak roti telur sekejap dikatakan garing lah, keras lah, begitu dia bagitau dengan luqman dan siti, tengok ni bibik masak, boleh makan ke tak boleh macam gini... saya rasa kecil hati sangat dengannya.... apa saja yang saya buat semua nya tidak betul... Saya ni apa, hanya pembantu sahaja di rumah... selesai kerja saya, udah lah saya berehat... Kerja saya membantu sahaja di rumah, bukannya mahu buat segala-galanya.... Dia hanya tau baring sahaja...." keluhnya lagi sebak.

"Bagini saja la kak, saya ingin pulang ke Bandung. Biarlah saya bawa pulang wang sedikit sahaja, dari saya terus-terusan rasa sakit di hati ini" ujarnya dengan nada sendu.

"Eh awak kan masih ada setahun lagi untuk tamat kontrak, takkan lah tidak boleh bertahan...kasian sama majikan awak" aku cuba menenangkannya.

"Akak pun tau macam mana, saya dulu tidak tau macam mana keluarga ini, tapi setelah setahun baru la saya nampak dalam hatinya bagaimana."

"Apakata awak bincang elok-elok dengan majikan awak tu, awak mau cuti atau awak pergi ke rumah ibu majikan awak sebentar? mana tau awak boleh tenangkan perasaan awak tu..."

"Uhhh tidak sekali-kali.... saya kan pernah dihantar kesana sebulan, mana mungkin saya bertahan dengan ibu, mulut nya saya tidak tahan... orang tua bak bayi kecil..."

"kalo begitu awak kerja sahajalah macam biasa... apa lagi yang akak boleh bantu, akak sendiri pun sudah tidak bekerja, dan mana mungkin akak ambil awak sebagai pembantu akak.... "

"takpa la kalo begitu, terima kasih akak kerana mendengar.. saya harap akak tidak menceritakan hal ini pada majikan saya.. terima kasih ya, jadi jangan terkejut jika saya sudah tiada lagi dirumah majikan saya ya, saya mungkin sudah pulang.. Assalamualaikum"

"waalaikumussalam" lalu dia memutuskan perbualan telefon.


Dan aku mana mungkin dapat membantunya lagi.. hanya memberikannya nasihat sahaja...
Aku tahu perasaan nya terguris bukan hanya disebabkan dimarahi, tetapi maruah dirinya di injak-injak, walaupun digelar orang gaji, tetapi dia bukan hamba abdi yang diperkotak katikkan segala perbuatannya...

Aku faham sebab aku sendiri selalu mendengar umpatan ibu terhadap dirinya.... aku kasihan, walaupun ibu sudah tua, kuat beramal, tetapi kalao selalu mengumpat manusia lain, menyakiti hati orang lain walaupun orang gaji sekali pun, itu juga berdosa....

Kenapa suka sangat merendah-rendahkan orang lain, walaupun dia orang gaji? adakah sebab dia orang pendatang dari indonesia? aku tau orang gaji ni asalnya dari Bandung, dan dia bukanlah orang miskin melarat yang tersepit dan mau datang ke sini untuk melepaskan diri dari masalah di Bandung... Dia adalah rakan kepada rakan baikku.. yang berasal dari indonesia, bandung. Bukan dari ceruk kampung. Dia orang bandar.

Semasa lawatanku yang terakhir ke Bandung, aku membawakan ole-ole yang dipesannya melalui anakku yang paling dia sayangi. Wah... sukanya bukan main bila dibawakan ole-ole tersebut... ceria sungguh wajahnya...

Kita ini insan biasa, kita boleh sentiasa mengingati diri kita, bahawa hari ini hari kita, mungkin esok lusa hari dia pula. Jangan kita menyusahkan orang lain, jangan kita sentiasa memikirkan diri kita sendiri sahaja, kita perlu sentiasa muhasabah diri ini, jangan bila kita sudah mula senang, kita lupa diri. Bila kita kaya, jangan lupa ada orang lain yang miskin, jangan lupa orang yang miskin sekarang, tak mustahil akan menjadi lebih kaya dari kita kelak.... Hidup ini bagaikan putaran roda, hari ini di atas, mungkin hari esok kita kan di bawah.

Wednesday, June 2, 2010

ReDo Atkins

Re Do induction Atkins.... day 1 again. at 83kg........
breakfast 2 biji telur

Tuesday, May 25, 2010

Day 12

Pagi rti arab kaya margerin n roti banji + milo suam abis atkin

Saturday, May 22, 2010

Sakit angin...

Perut menggelodak, angin kentut, sakit belakang.... Aku x suka!!!! Smptom ni selalu blku bila tersalah makan lada hitam... AnW mozza ubuh lada hitam ke?takkan sup kaki uboh lada itam??? Or curly fries tu ada lada itam??? Bosannnnn

11th day and i am failing

11th day and my atkins inductiin have to redo..... Makan anw pulak
Weight today is 84... Riteeeee i m luv in it atkinss

Thursday, May 20, 2010

Day 8 n 9

Day 8
Morning 2 telut rebus with mayo
Lunch a cheese n quater ayam hot n spicy
Dinner 2 sudu nasi n 2 ekor ikan sardin n 5 ketul udang
>3liter of plain water

Day 9
Morning 3 biji telur kacau ngan daging cincang goreng mcm murtabak dapat makan half je dah kenyang cicah kraft mayo
Lunch half of apa yg digoreng di atas.
Air > 3 liter
Weight yesterday 84.5kg