Thursday, July 30, 2009

Kalamak - Kata-kata Mu

Kalamak

Aku membaca kalamMu
Siang dan malam
Aku bertanya(meminta/memohon) kepadamu keselamatan
Untuk diriku dan ahli keluargaku
Aku mengadu kepadaMu
Wahai yg menjawab(yg menerima doa dn permohonan) hambaNya
Maka kasihanilah kami dengan kalamMu
Sejahterakanlah kami dengan kalamMu
Tuhan,sejahterakanlah/selamatkanlah hidup kami
Tuhan,berikanlah kepada kami keamanan
Tuhan,jauhkanlah kami dr azabMu
sejahterakanlah kami/selamatkanlah kami dengan kalamMu
KalamMu Menyentuh hatiku
KalamMu Melembutkan hatiku
KalamMu Menenangkan jiwaku
KalamMu Cahaya hidupku
Wahai sebaik2 kalam
Wahai yang untuknya kesejahteraan
Kasihanilah kami dengan kalamMu
Sejahterakanlah/selamatkanlah kami dengan kalamMu...

Translated by: Nurhanisah Bt Hj Mansor
-Morocco-

Wednesday, July 29, 2009

Points to ponder

It's no use saying,
"We are doing our best."
You have got to succeed in doing what is necessary.



Ainul Mardhiah
Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

Tuesday, July 28, 2009

Hujan Mencurah, Hatiku Basah?

Wah.. tengok saja tajuknya.. berlapis-lapis maknanya. Baru sahaja malam tadi kena hambur di sms pasal lewat hantar buku. Buku nya ada dengan kawan, sepatutnya dah beli dan poskan dari minggu lepas.. 'Customer is always right' kan?, so, nak tak nak kena la terima aje ape yg nak dihamburkan oleh customer tu...

Patut la pagi tadi pening kepala, darah dah naik la tu agaknya. Walaupun dah telan ubat darah tinggi, tapi susah juga nak control nya. Dah cuba juga zikir subhanallah berkali2, tapi sampai ofis pun masih rasa berdengung telinga. Kena cari kat internet cara-cara mengawal darah tinggi.

Monday, July 27, 2009

Menulis

Terfikir juga nak menulis.. tapi menulis ape ye? kena ada tajuk dan isi. Pernah jugak dengar salah sorang penulis terkenal bagi tips, kalo nak menulis, tulis je apa2 yang terfikir. Tak perlu tunggu semuanya sedia baru nak tulis. Kat mana-mana pun boleh tulis.

Hmmm.. Hari ni mari kita merenung kedalam diri kita sendiri, dan muhasabah diri. Peristiwa semalam boleh menjadi teladan pada diri kita dan menjadi panduan dalam kehidupan. Teringat pula cerita 'Ketentuan' - cerekarama, pelakon utama Yasmin Hamid.. Ambooiii minah tu pandai sungguh berlakon jadi jahat. Sampaikan dah nak mati pun masih lagi bulu mata lentik.. heheheheh...

Moral of the story, kita ni, bila dah kaya, jangan sombong dan angkuh. Adik beradik sendiri yang susah, nak mintak tolong, perli-perli, sindir-sindir... Padehal adik beradik tu, bukannya nak sangat pinjam kat dia.. mentang-mentang la dia kawin dengan anak datuk, tup-tup dah jadi orang kaya, ada butik... tak mau nak tolong anak sedara nak bayar yuran untuk masuk U.. melampau sungguh... rasa-rasa memang ada orang jenis camni.. Tapi skrg ni memang Allah bayar cash... dapat balik kat muka dia segala yang dia buat tu.. Nasib baik dia insaf dulu dan menyesal, lepas tu baru mati...

Huhuhu... abih citer pasal Ketentuan. Nak citer pasal budak-budak kat rumah. Si Ana (anak busuku itu), sejak jumpa ngan Aiman sepupu dia, dah tukar cara cakap.. Semuanya ikut dialog Aiman... Asyik2 'Mesti lahhhhhhh'- bila tanya je jawapannya sama..

Malam2 dia akan mengemas sendiri baju dia untuk ke nurseri.. Amboi, kalau salah masuk baju, mengamuk sakan. Susah sungguh la ni sorang. Baju nak yang cantik je, nak seluar jeans aje, ngan t-shirt. Si Abang ngan kakak dia, langsung x kisah, nak masuk baju ape pun, janji ada... kekadang lupa nak masuk baju tido, tup balik je tengok dia slamber je pakai baju adik dia!!! sib baik muat.. umur 6 tahun pakai baju adik yg umur 3++. Nasib la adik tu tak mengamuk... huhuhu.. peh tu mak dia kena bebel ngan anak.. apesal umi tak masukkan baju amani, kan dah baju ana yang dia pakai... bebel ngomel dan ngomel lagi...

Selesai bab ngemas baju, bab nak tido lak. Adooo letih sungguh nak soh dia tido. Kena uminya tido dulu, buat2 pejam mata pun tak jalan, kena tido krrroohhh krrooohhh baru dia confirm tido.. Tak jadi keje kalo nak iron baju, ade je dia ajak main atau tanya.. huhuhuhu... dia nak soh uminya rehat tu...

Wednesday, July 22, 2009

Gading Gajah?

Dapat call dari Mahadzir tadi, tanya pasal penipuan kereta yg dia sewakan pada sorang pelanggan. Pelanggan ni rupa-rupanya dah banyak buat penipuan(setelah dia siasat melalui panggilan telefon kepada beberapa saudara-mara terdekat si penyewa).
Kata salah seorang saudara isteri peminjam tu, kena bawa gading gajah kalau dan berdepan dengan lelaki ni. Dia tu penipu paling terkenal di Bachok, dan dah keluar masuk penjara beberapa kali. Termasuk menipu sekitar kawasan ibu mertuanya di Bachok.

Dan sekarang orang di sekitar rumah mertuanya dah tak mempercayai mertuanya sebab dia menipu rakan-rakan dan jiran2 mertuanya dengan menggunakan nama mertuanya. Padahal mertuanya tu memang disegani di kampung tersebut. Mertuanya seorang guru kanan sekolah di Bachok.... Pendekata, bila dia ditangkap, dia akan call mertuanya untuk jamin, dan sekonyong2 mertuanya akan pergi menjamin dia.. (seolah2 terpukau).

So disini aku titipkan untuk peringatan diri dan rakan-rakan pembaca sekalian.

Ayat pendinding diri dari terkena pukau, atau mengelakkan dari dipukau.
Baca Ayatul Qursi, surah al-falaq dan an-nas tiap2 kali lepas solat.

Al-Falaq

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Qursi pula:



“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)

An-Nas

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (an-Nas 114:1)
مَلِكِ النَّاسِ
“Yang Menguasai sekalian manusia, (an-Nas 114:2)
إِلَـٰهِ النَّاسِ
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (an-Nas 114:3)
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - (an-Nas 114:4)
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (an-Nas 114:5)


Tengah-tengah dok cari tafsir qursi, terjumpa pula khasiat surah al-Waqiah.. (Ha yg ni memang hb aku suruh belajar dan ajar anak2 pompuan baca surah al-Waqiah tiap2 malam)...


Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan. Haa... tu dia. Ayat ni untuk jaga luar dalam atas dan bawah (oopps... censorred). Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.

Caranya :


1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Tuesday, July 21, 2009

Mimpi...

Malam tadi mimpi abah. Bestnya dapat jumpa abah kat rumah kampung. Dia nampak happy je dan best sangat dapat jumpa.. Maybe sebab semalam dah baca surah al-Waqiah. Tetang hari kiamat, dan dimana manusia dikumpulkan dan dibahagi kepada tiga bahagian. Yang kiri, yang kanan dan yang tengah. Dan beruntung orang yang berada ditengah, mereka ialah orang yang beriman dan beramal soleh, dari zaman nabi dan zaman kemudian. Mereka tetap tinggal di syurga, dan dihidangi dengan air minuman yang lazat dari sungai yang mengalir, dan didampingi oleh bidadari-bidadari dari syurga, yang sentiasa dalam keadaan dara, yang tetap suci...

Ada hadis yang tentang surah al-Waqiah ini, dimana, ibu-ibu dalam keluarga hendaklah menyuruh anak-anak perempuan mereka membaca surah al-waqiah, dan mengajar mereka membaca surah al-waqiah. Semoga mereka beroleh keberkatan terhadap ayat-ayat al-quran yang dibaca. Amin..

Monday, July 20, 2009

Budak yang mental block?

Hehehehehe tajuk nya pun dah menggambarkan apa yg nak tulis kat sini.. Kat sini ada sorang budak tu dia cakap dia mental block, eh betui ke tak?,, mana betui.. tapi vocab dia mesti terselit Ubikayu, cap ayam dan juga cap tebu. Hehehehehehe..

ORang yang minat dia tu macam teddy bear, jadi tadi dia turun bawah, amek teddy bear naik opis dan buat peluk-peluk.. hahahahah dia mesti marah bila baca nih. Teddy bear warna coklat tu sebijik mcam teddy bear anak aku, tapi anak aku punya size kecik lah, buat main tido2 dan suap2 makan huhuhuhu.. kalo bosan dia buat la teddy tu jadi anak, dia jadi mama.. wahhhhh berangan belakon.. ha sesuai la belakon dengan si ikhwan syahmie tu.. bagus-bagus, esok2 leh belakon filem ayat-ayat cinta versi islamic, x yah pegang pegang punya.. cam citer wayang yang Mawi belakon tu.. tapi citer tu tak kuar2 jugak ek? aper citer MNasir ek? tup2 nak wat konsert lak kat stadium.. Eh dah melalut lak..

Thursday, July 16, 2009

Hikmah Di sebalik sesuatu kejadian itu....

Ofismet disini ditukarkan ke ofis lain dalam tempoh 24 jam. Sabar je la jawapannya.. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu. Kerusi panas itu baru sahaja dipenuhi dalam 2 tahun. Surat pengesahan jawatan pun masih belum diterima, tup-tup ditukarkan dengan cara sentap. 24 jam!.

Sungguh, semuanya di ofis ni terkejut dengan keadaan ini. Semua terkedu. Dan apa boleh buat. Arahan datang dari pihak atasan. Cuma boleh ditangguh sahaja. Tapi takpa, maybe bos akan dapat peluang yang lebih baik di tempat baru... Ye lah tempat baru tu Mampu, mesti boleh keluar pergi pemantauan, training ke overseas, dan yang penting tak perlu berhadapan dengan public yang banyak karenah.

Politik pejabat memang kuat. Baru shj tak sampai 3 bulan, KPP ditukarkan 24jam, kali ini TP pula ditukar 24jam.... tak tau ape sebab ditukarkan... kesian...

Monday, July 13, 2009

Parcel E Putrajaya..

Kadangkala aku hairan dengan keadaan sekitar di kawasan Putrajaya. Terutama sekali dikawasan sekitar tempat aku bekerja, dan terutama sekali situasi di waktu pagi ketika manusia berebut-rebut untuk mengejar punch card. Sungguhpun jalanraya di Putrajaya ni macam highway, tapi tahap pemikiran pemandu-pemandu yang menggunakan jalanraya tak setaraf dengan highway yang dibina.

Aku nak komplen kat sini adalah jalan masuk ke Parcel E, yang telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang melampau kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Kenapalah suka sangat potong que, dari lorong paling kanan tiba-tiba memancung masuk ke kiri sebab dia nak masuk ke Parcel E!!!... orang lain yang terkena jem disebabkan makhluk2 parcel E ni sebenarnya sangat malang kerana terpaksa melibatkan diri dalam kemelut makhluk2 parcel E!... Sunggu Tak Beradab..

Lain kali kalau nak cepat jangan bawak kereta, naik motorsikal. Parcel E tu dah la tak cukup tempat parking kereta, nak juga masukkan kereta dalam tu.. Parking ada berlambak2 kosong dekat Park n Ride tu. Park la kat situ, jalan sikit ke opis, bukannya jauh sangat pun... Ye lah, macam orang2 yang kat Parcel2 lain, masing2 parking jauh dari bangunan tak de pulak nak juga bersesak2 park illegally di tepi2 bangunan...

Perbuatan mahkluk tu kadang2 ada kena mengena dengan fizikal dia. Ntah-ntah banyak makan rasuah, patut tak rasa pun perbuatan nya menyakiti hati pengguna jalan raya yang lain. Al maklum dah hati hitam, mana ada rasa...grrrrrr... Sabar je la....