Saturday, December 5, 2009

Family day chek midah

3 hari 2 malam di pd uda banglo blue lagoon. Budak2 la yang paling seronok sekali. Tapi bilik tak cukup la pulak. Under estimate participant? X juga, tapi under estimate timing. Time cuti sekolah mmg penuh. Payah nak dapat banglo. Patut kalo hari weekend biasa boleh adjust 2 banglo... Kan? Tapi x pe, anak cucu wak jas semua sporting, boleh je gayakan tempat nak tido... Tapi aku? Ehemmm selamat melarikan diri dalam bilik bersama anak2 dara 3 orang yg dah keje2... Juga bersama anak2 aku.

Friday, December 4, 2009

Masa itu emas

Masa itu emas. Itu pepatah melayu yang memberi seribu satu tafsiran. Ada yang anggap masa menambah bisnes. Ada yang anggap masa mengaut keuntungan. Tetapi paling menguntungkan adalah kiranya kita berfikir masa itu akan berlalu begitu sahaja jika tidak diisi dgn amal ibadat dengan ikhlas...

Buku...

akhirnya berjaya menghabiskam stu novel dari imaen berjudul siganaring. Quite interesting, tapi amek masa yg agak lama utk habiskan bacaan.

Wednesday, December 2, 2009

Buku...

akhirnya berjaya menghabiskam stu novel dari imaen berjudul siganaring. Quite interesting, tapi amek masa yg agak lama utk habiskan bacaan.

Tuesday, November 3, 2009

Dalam 1000 hanya ada 1

Seorang anak kecil yang masih mentah.
Akal fikirannya masih terhad,
Pengalamannya hanya sekitar dirinya sahaja,
Sedangkan diluar sana
Terbentang luas,
Kehidupan sebenar
Yang jauh berbeza dari
Tanggapannya selama ini...
Siapakah yang dapat menceritakan?
Siapakah yang dapat mrngajarkan?
Siapakah yang dapat memperbetulkan?

Semoga Allah menunjukkan
Jalan yang lurus
Jalan yang benar
Jalan yang telah diredhai...

Amin ya rabbal 'alamin

Thursday, October 15, 2009

Ramadhan Syawal 1430H

Ramadhan Datang,
Ramadhan Pergi,
Syawal Datang,
dan Syawal juga akan pergi,
Tunggulah ia setahun lagi,
Adakah aku akan bertemunya lagi?

Semoga Allah mempertemukan aku bersamu semula,
Menikmati keindahan rasa dalam nikmat
Bulan Rahmatmu Ramadhan..

Semoga kesan latihanmu ini
memberi semangat dan
Keinsafan untuk meneruskan
Hari-hari mendatang
Sehingga bertemu kembali
Di Tahun hadapan... Amin...

Thursday, September 3, 2009

Hidup dan Kehidupan

Hidup ini hanya sementara
Ada waktu indah
Ada waktu duka
Ujian Allah ta'ala belaka
Bagi kita manusia
Yang mahu berfikir
Atas kejadian
Kehidupan........

Kematian....
Itu adalah kepastian
Saat dan tiba masa nya
tidak ada dalam pemikiran
Tidak dapat dielak
mahupun dianjak
Alangkah bertuahnya
Manusia yang setiasa berfikir
Sentiasa mengingati kematian
Hatta sebesar zarah atau kuman
Nescaya Allah akan memberi ganjaran
Bagi umatNya yang berfikiran
Tentang saat kematian....

Haiwan, Tumbuhan, Manusia...
Semuanya adalah kehidupan..
Dia atas muka bumi ini

Indahnya kehidupan
Kecapilah ia dengan kesyukuran
Bahawa nikmat Allah ini lah
Hanya sementara....
Saat nikmat syukuri lah ia
Saat sakit fikirlah pengajarannya
Sudah tentu ada asbabnya
Dijadikan segala sesuatu itu
Untuk manusia
Supaya manusia taat padaNya
Allah Yang Maha Esa.....


Nukilan;
Liya71
Ramdhan 9, 1430H